MUKADDIMAH.
“ Bismillahirrahmanirrahim “ wassalatu wassalamu asrafi ambia yi, wal mursalin wallaa alihi washobbihi azmain.” “Assalamualaikum warahmahtullahi taalahi wal barakatuh “dan salam sejahtera, bersyukur kita kehadrat allah subahanallah hitaala, kerana dengan limpah kurnianya kita dapat rahmat dan hidayah, semoga allah melindungi dan memberkati kita keseluruhannya. Adapun tujuan penulisan iniadalah untuk memelihara warisan keturunan dan untuk rujukan,semoga keturunan ini dapat menjalin hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Menyingkap sejarah silam tentang kesah keturunan ini sebenarnya adalah daripada keturunan Sultan Tajul Muluk yang pernah menduduki takhta kesultanan sulu sedikit masa dahulu.tetapi sudah lupa,ada yang sudah tidak tahu langsung, maklumlah sejarah berlalu begitu lama dan ada yang tidak tahu siapa kita dan darimana asal-usul kita.
Sebenarnya keturunan ini sudah lama bermastautin di north borneo iaitu di Sabah
namun ia tidak munculpun, ini adalah kerana sudah ramai yang tidak berminat untuk memeliharanya dan telah berpindah rendah kemana sahaja untuk mencari kehidupan masing-masing.
kita tahu ada beberapa kumpulan atau kelompok tertentu cuba menonjolkan diri untuk menuntut dan memperjuangkan hak dan keturunan terutama sekali di negeri Sabah. atas nama keturunan kesultanan sulu.
Kita melihat kesahnya orang-orang sulu yang berhijrah ke merata tempat,ke north borneo dan kemana sahaja, ini adalah kerana orang-orang sulu sebenarnya telah kehilangan segala-galanya,tempat tinggalnya,negerinya dan nenek moyangnya.
Mengenai Isu kependudukan dan kewarganegaraan juga sebenarnya orang-orang sulu hendak tidak ada tempat,hendak ke Filipina,dan ke Sabah adalah susah,jadi entah hendak kemana,sebenarnya orang-orang sulu hendak ke negeri Sabah untuk menjadi warganegara,mereka telah bermastautin di sini sejak bertahun-tahun lamanya,dengan mendirikan rumah-rumah di kawasan setinggan dimana-mana negeri tetapi yang sedihnya mereka tidak di iktiraf sebagai wargenagara malah mereka di tangkap dan dihantar pulang ke Filipina,sedangkan di Filipina mereka tidak ada tempat,tidak ada rumah,akhirnya mereka akan menyusup kembali ke sabah kerana saudara-maraa mereka tinggal dan ada rumah di Sabah.
Sepatutnya kalau di kira mereka sebenarnya ada hak untuk tinggal bermastautin di Sabah dan ada hak kependudukan dan warganegara Malaysia kerana asal-usul negeri Sabah adalah tempat nenek moyang mereka,tetapi sayangnya mereka tidak ada hak apakan lagi untuk menjadi wargenagara berbanding dengan orang-orang lain.
Sebab itu sebuah keturunan yang telah hilang timbul semula untuk menjelaskan fakta sebenar,,insyallah” sebuah perjuangan yang belum selesai,selagi kita di beri kekuatan,oleh allah subahanallah, apa yang penting ialah kita minta kaumku disini,jangan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan kerajaan. bagi kita yang sudah menjadi warganegara maka hormatilah negara kita sendiri,ikutlah bagaimana cara orang-orang di sini,sokong kerajaan dan turut serta supaya kita menjadi sebahagian daripada kerajaan dan menikmati pembangunan negara.
Sekian wabillahitaufik wal hidayah assalamualaikum warahmahtullahi wal- barakatuh.
No comments:
Post a Comment