Saturday, August 29, 2009
Sinopsis.
1.Sultan Jamalul Kiram ll duduk di takhta Kesultanan Sulu ke 31 dari tahun 1884 hingga 1936 (52 Tahun).
2.Tahun 1903 memajakkan negeri Sabah kepada Oven dan Back Syarikat Berpiagam Inggeris North Borneo dari Pulau Si Amil hingga ke atas.
3.Tahun 1918 Membantu Kesultanan Brunei di pulau Chalamian Filipina.
4.Tahun 1920 jam 12.00 tengah malam anak-anaknya hilang. Enam orang anak-anak Datu Jahaba @ Sultan Embong (Jamalul Kiram ll) iaitu cucu-cucu Baginda Sultan Tajul Muluk yang hilang pada detik jam 12.00 tengah malam mereka melarikan diri dari Sulu ke North Borneo.
5.Tahun 1924 menyerahkan kuasa Kesultanan Sulu kepada U.S (The Last Political Power).
6.Tahun 1936 memperbaharui pemajakkan negeri Sabah sekali lagi.
7. Sultan Embong (Jamalul kiram ll datang mencari dan memastikan mereka selamat menjalani kehidupan di borneo di Kg.Pantau-Pantau Semporna kemudian pulang ke Sulu.Sultan Embong datang ke Borneo semula untuk mengambil anak-anaknya tetapi mereka belum mahu balik lagi.Akhirnya Baginda Sultan Embong menetap di K.gPantau-Pantau pulau Bum-Bum Semporna buat beberapa ketika lamanya.
8.Kerajaan Filipina masih mencari Sultan Embong @ Sultan Jamalul Kiram ll kemana perginya sebab beliau masih Sultan di Sulu.Inilah Sultan yang hilang sebenarnya.Oleh kerana takhta Sultan Sulu telah kosong maka barulah saudaranya yang keturunan Muwalil Wasit Kiram mengambil alih takhta Kesultanan Sulu sehingga kini.Keturunan Muwalil Wasit Kiram sebenarnya adalah saudaranya dan terdapat pertindihan tahun hak dan kuasa Sultan Embong (Jamalul Kiram ll) berada di North Borneo Muwalil Wasit sudah duduk di takhta Kesultanan Sulu tetapi akhirnya setelah enam bulan baginda menduduki takhta beliau mangkat dahulu dari saudaranya Sultan Jamalul Kiram ll.
9.Pada 06/06/1936 baginda mangkat di Tong Si Ambo-Ambo di Kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna.Setelah kembalinya dari pelayaran baginda sakit/demam selesema selepas itu ada orang menghantar ubat kepadanya dan selepas tiga hari kemudian baginda mangkat jam 4.00 waktu petang pada 06/06/1936 tetapi dimakamkan pada keesokan harinya 07/06/1936.Mangkat di hadapan anak-anaknya Dayang Lubaini,Dayang Jumdaini,Dayang Bulaini,ketiga-tiga anak perempuannya ini meratap dan menangis tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian ayahanda mereka.Kemudian disusuli oleh anak-anak lelakinya Datu Panglima Laja,Datu Panglima Juani dan Datu Panglima Mambang datang untuk menguruskannya.(sebab itu maklumat bahawa Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll mangkat kerana racun,dan tidak ada anak adalah tidak benar,yang benar ialah baginda ada anak).
10.Apapun kisahnya tertutup oleh perang dunia ke 2.Setelah kehilangan anak-anaknya baginda di lapor tidak ada anak,mandul,tidak ada zuriat,tetapi banyak isteri-isteri, dan mati kerana racun.Beberapa kali dinyatakan bahawa fakta ini tidak benar ia adalah satu penyelewengan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab,ada juga maklumat mengatakan bahawa ”tidak ada isu berkenaan anak-anaknya sehingga tahun 1936.(”no issue about male until 1936”) sebab keluarga ini tidak tampil kehadapan untuk memaklumkan kerajaan atau masyarakat di rantau ini.
11.Datu Panglima Laja dan adik-adiknya serta cucu-cucunya hendak pulang ke Sulu untuk menduduki takhta bagi menggantikan almarhum ayahanda mereka,tetapi tak dapat atas sebab-sebab perang Jepun bermula.
12.Setelah tamat Perang Jepun (perang dunia ke dua) mereka hendak pulang ke Sulu tetapi tak dapat juga kerana Malaysia merdeka.Tun Mustapha menasihatkan mereka supaya mendaftar menjadi rakyat Malaysia.
13.Semasa pemerintahan USNO Tun Mustapha pernah menawarkan Datu Panglima Laja untuk duduk di Istana (Kota Kinabalu) tetapi beliau menolak kerana beliau telah uzur dan sudah tua.Beliau minta Datu Juani adiknya untuk pergi duduk di Istana tetapi juga menolak.
14.Sehingga sekarang anak-anak,cucu-cucu,cicit-cicit,cucut-cucut semua keturunan ini masih menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa di Malaysia iaitu di Semporna,Tawau,dan lain-lain daerah di Sabah.
15.Sebenarnya antara kumpulan yang masing-masing menuntut hak ke atas samada takhta atau hak kesultanan sulu kumpulan inilah,cuma selama ini mereka mendiamkan diri dan di fahamkan sudah ramai yang tidak berminat lagipun mereka telah menjadi rakyat Malaysia dan lebih suka menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.Namun atas kesedaran dan rasa tanggungjawab pada kerajaan dan keturunan ini maka kini baru timbul semula setelah 70 tahun lebih mereka mendiamkan diri.Sepatutnya kumpulan ini yang menerima bayaran tahunan pemajakkan negeri Sabah sebab Datuk nenek mereka yang menandatangani pemajakkan/penyerahan negeri sabah dan sehingga kinipun tidak ada yang layak menuntut samada aset,harta-benda di luar negara kecuali keturunan ini.
16.Dinyatakan disini bahawa kemungkinan berlaku konspirasi dalam keluarga ini pada masa dahulu sehingga apabila kehilangan cucu-cucu Sultan Tajul Muluk pada tahun 1920an baginda di laporkan tidak mempunyai anak,mandul,tiada zuriat,tidak ada spring dan sebagainya,cucu-cucu Tajul Muluk yang hilang adalah anak-anak Jamalul Kiram ll inilah keturunannya.Mereka menganggap cucu-cucu yang hilang itu sudah mati ketika itu dan tidak ada juga yang menuntut,maka sebab itulah baginda di lapor tidak ada anak.
Pesanan Datuk Kami ialah :
Pertama. ”Kamu ingat nombor 3 atau 03 atau 1903 kerana nombor mudah di ingat berbanding perkataan,Pada tahun 1903 ”saya ada kisah tentang North Borneo dan itulah nama saya sebenar dan sayalah paling lama duduk di takhta” salinan kertas yang ada di simpan dalam sepotong batang bambu oleh almarhum Nenek Datu Panglima Laja,bila kita semak pada tahun 1903 ini ialah pemajakkan negeri Sabah pada Oven dan Back dengan bayaran Rm 3000 setahun dari Pulau si Amil hingga ke atas.Mengatakan itulah namanya sebenar sebab beliau merahsiakan namanya yang di tahu namanya dalam keluarga ini ialah nenek Jahaba atau Zahaba atau nenek Ombong atau mereka panggil Sultan Ombong/Embong kerana Sultan ini lahir di Maembong Sulu.Nama sebenarnya ialah Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll.Kalau kita buat penyelidikan tentang makamnya di Kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna,kita tanya orang tua-tua yang masih ingat,makam siapakah di Kg.Pantau-Pantau itu? di sebelah kampung-kampung Bum-bum,Gusung Malanta mengatakan makam Tajul Muluk dan disebelah Kg.Hampalan,Sulabayan dan lain-lain 80% mengatakan makam Jamalul Kiram ll itu jawapan mereka.
Mengenai Tajul Muluk siapa sebenarnya? tidak ada dalam list Kesultanan Sulu.Ia sebenarnya hanyalah nama gelaran sepatutnya pada ayahnya sebab namanya Muluk Mandarasa yang bergelar Sultan Jamalul Alam@Azam.Tetapi gelaran ini jatuh kepada anaknya kerana ia paling lama duduk ditakhta iaitu Tajul Muluk adalah bayangan/gelaran atau nickname bagi Sultan Jamalul Kiram ll sebab itu Jamalul Kiram ll ada anak,cucu-cucu Tajul Muluk yang hilang adalah anak-anaknya.Bagaimanapun orang sabotaj tetapi oleh sebab beliau ada nama lain maka terbukti adalah sah bahawa baginda ada anak,cuma tidak timbul memaklumkan/memberitahu kerajaan dan masyarakat takutkan di bunuh sebab keturunan ini kononnya cuba di hapuskan kesemuanya,bagaimanapun Tuhan itu adil dan senantiasa melindungi umatnya dan akan menunjukkan kebenaran.
JAHABA BIN MULUK MANDARASA
( Sultan Embong @ Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll. 1936 )
http://us.mc1119.mail.yahoo.com/mc/welcome?.gx=0&.tm=1251598673&.rand=036suvil185jn
Oleh Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll. (Mangkat Di Kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna 1936.)
Kedua : ”Tok jangan kamu lupa,
Lahat itu lahat be!”.Terjemahan bahasa melayu:”Kepada anak-anak keturunanku,jangan lupa (lahat) tempat ini atau negeri ini
Tempat kamu”..
Pesanan ini Oleh :-
Datu Panglima Juani (Mangkat di Kebun Bunga,Semporna 1976).
Datu Panglima Mambang (Mangkat di Tarapuli Semporna 1987).
Datu Jalmaani Bin Datu Panglima Juani (Mangkat di Pulau Sebatik Tawau 12.02.2007)
Datu Majurani (Mangkat di Tawau 18.12.2006)
Datu Sambutu Datu Panglima Laja (Mangkat di Look Tulayan Sulu 1983)
Apabila kami semak dalam beberapa maklumat
1. Bahawa Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll Mangkat pada tahun 1936 kerana racun,tidak ada anak,tidak ada zuriat.
2. “No issue about male until 1936”
Fakta–fakta ini adalah tidak benar ,yang benar ialah Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll ada anak iaitu cucu-cucu Sultan Tajul Muluk yang hilang adalah anak-anaknya.Maka itu kami timbul sekarang ini adalah untuk menjawab dua isu di atas.
Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll.
DATU ABDUL MAID HAMZAH
Cucu Datu Panglima Juani /Pengerusi dan Pewaris Tajul Muluk..
Orang yang bertanggungjawab menguruskan keturunan ini.
Keris Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll.Di
simpan di Pulau Sebatik.
Golok-Golok Datu Panglima Juani
Keris Datu Panglima Mambang.
Lagenda Lepa-Lepa.
Perayaan lepa-lepa di semporna sebenarnya mengambil kesah
daripada keturunan ini,yang mana mengambil kesah mereka
pertama melarikan diri dari Sulu dengan menggunakan sampan lepa-lepa dan kedua ialah merekalah yang membanteras lanun-lanun di perairan daerah Semporna sedikit masa dahulu.ia ada unsur kepahlawanan sebenarnya cuma lepa-lepa ini adalah sejenis perahu yang digunakan pada masa dahulu sebagai alat perhubungan,atau sebagai kenderaan laut.
Ia di asaskan oleh Tun Sakaran bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah. Selalunya di sebut bila perayaan ini dijalankan “ Atas kepintaran
Panglima Laja dengan adik-adiknya”.
Kadang-kadang ada orang menyampuk "anak Sultan itu kan?"
Datu Panglima Laja adalah orang yang berkuasa sedikit masa dahulu,dia tinggal di pulau jauh dari pekan Semporna oleh sebab itu kadang-kadang beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat.Pernah juga ahli mesyuarat mempersoalkan beliau apa kuasanya Datu Panglima Laja kenapa tidak boleh bermesyuarat jika beliau tidak ada sehingga beliau mengeluarkan bintang kebesarannya, beliau juga bergelar Datu O.T. Panglima Laja..............
Gambar Kad Pengenalan Datu Panglima Juani
cucu ke dua Sultan Tajul Muluk yang hilang sedikit masa dahulu,mereka lari ke North Borneo ke Kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna Sabah.
(inilah dalam maklumat yang tengah mangkat di kebun bunga Semporna 1976)
Cucu-Cucu Datu Panglima Juani
Gambar Kenang-kenangan Datu Panglima Mambang
bersama anak-anaknya.
Ziarah makam di kg.pantau-pantau
Makam Datu Jahaba@ Sultan Embong (Sultan Hj,Mohammad Jamalul Kiram ll/Tajul Muluk} di kg.Pantau-Pantau Pulau Bum Bum Semporna Sabah.”Al-Fatihah“...............................
Wednesday, August 12, 2009
penjelasan lanjut kesah keturunan
“ Bismillahirrahmanirrahim “ wassalatu wassalamu asrafi ambia yi, wal mursalin wallaa alihi washobbihi azmain.” “Assalamualaikum warahmahtullahi taalahi wal barakatuh “dan salam sejahtera, bersyukur kita kehadrat allah subahanallah hitaala, kerana dengan limpah kurnianya kita dapat rahmat dan hidayah, semoga allah melindungi dan memberkati kita keseluruhannya. Adapun tujuan penulisan iniadalah untuk memelihara warisan keturunan dan untuk rujukan,semoga keturunan ini dapat menjalin hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Menyingkap sejarah silam tentang kesah keturunan ini sebenarnya adalah daripada keturunan Sultan Tajul Muluk yang pernah menduduki takhta kesultanan sulu sedikit masa dahulu.tetapi sudah lupa,ada yang sudah tidak tahu langsung, maklumlah sejarah berlalu begitu lama dan ada yang tidak tahu siapa kita dan darimana asal-usul kita.
Sebenarnya keturunan ini sudah lama bermastautin di north borneo iaitu di Sabah
namun ia tidak munculpun, ini adalah kerana sudah ramai yang tidak berminat untuk memeliharanya dan telah berpindah rendah kemana sahaja untuk mencari kehidupan masing-masing.
kita tahu ada beberapa kumpulan atau kelompok tertentu cuba menonjolkan diri untuk menuntut dan memperjuangkan hak dan keturunan terutama sekali di negeri Sabah. atas nama keturunan kesultanan sulu.
Kita melihat kesahnya orang-orang sulu yang berhijrah ke merata tempat,ke north borneo dan kemana sahaja, ini adalah kerana orang-orang sulu sebenarnya telah kehilangan segala-galanya,tempat tinggalnya,negerinya dan nenek moyangnya.
Mengenai Isu kependudukan dan kewarganegaraan juga sebenarnya orang-orang sulu hendak tidak ada tempat,hendak ke Filipina,dan ke Sabah adalah susah,jadi entah hendak kemana,sebenarnya orang-orang sulu hendak ke negeri Sabah untuk menjadi warganegara,mereka telah bermastautin di sini sejak bertahun-tahun lamanya,dengan mendirikan rumah-rumah di kawasan setinggan dimana-mana negeri tetapi yang sedihnya mereka tidak di iktiraf sebagai wargenagara malah mereka di tangkap dan dihantar pulang ke Filipina,sedangkan di Filipina mereka tidak ada tempat,tidak ada rumah,akhirnya mereka akan menyusup kembali ke sabah kerana saudara-maraa mereka tinggal dan ada rumah di Sabah.
Sepatutnya kalau di kira mereka sebenarnya ada hak untuk tinggal bermastautin di Sabah dan ada hak kependudukan dan warganegara Malaysia kerana asal-usul negeri Sabah adalah tempat nenek moyang mereka,tetapi sayangnya mereka tidak ada hak apakan lagi untuk menjadi wargenagara berbanding dengan orang-orang lain.
Sebab itu sebuah keturunan yang telah hilang timbul semula untuk menjelaskan fakta sebenar,,insyallah” sebuah perjuangan yang belum selesai,selagi kita di beri kekuatan,oleh allah subahanallah, apa yang penting ialah kita minta kaumku disini,jangan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan kerajaan. bagi kita yang sudah menjadi warganegara maka hormatilah negara kita sendiri,ikutlah bagaimana cara orang-orang di sini,sokong kerajaan dan turut serta supaya kita menjadi sebahagian daripada kerajaan dan menikmati pembangunan negara.
Sekian wabillahitaufik wal hidayah assalamualaikum warahmahtullahi wal- barakatuh.
Wednesday, August 5, 2009
..respon dari Datu Pengeran Tua
ulasan saya ialah siapa juga berhak menuntut-Sultan Ismail Dalus Kiram, atau Sultan Mohd Fuad Kiram atau Sultan Tajul Muluk..terpulang kepada kerajaan Malaysia dan United Nation
Monday, June 29, 2009
Thursday, June 25, 2009
Wednesday, June 24, 2009
Kesah Cucu-Cucu Sultan Tajul Muluk Yang Hilang..
Kesah cucu-cucu Sultan Tajul Muluk yang hilang detik jam 12.00 tengah malam sekitar tahun 1920an.
-mereka kononnya hendak di hantar ke sekolah pada esok harinya,tetapi ada yang memberitahu mereka akan di hapuskan/dibunuh,jadi sebelum ada apa-apa berlaku mereka melarikan diri tepat jam 12.00 tengah malam,dengan menaiki dua bot/sampan/lepa-lepa kecil,mereka melarikan diri ke north borneo.
Enam orang cucu-cucu itu ialah;tiga lelaki tiga perempuan.
1.Datu Laja.
2.Dayang Lubaini.
3.Datu Juani.
4.Dayang Jumdaini.
5.Datu Mambang.
6.Dayang Bulaini.
Ekoran kehilangan mereka,ayah mereka di lapor tidak ada anak/tidak ada zuriat/...dengan harapan mungkin supaya tiada lagi yang boleh menuntut hak.kerajaan Filipina di laporkan sangat marah pada keturunan ini,kerana ayah mereka bertindak atau melakukan sesuatu tanpa melalui kerajaan,baginda seolah-olah memerintah sendiri.
pertama ialah memajakkan north borneo pada oven dent back/syarikat inggeris pada tahun 1903 dengan bayaran rm 3000 setahun,dari Pulau Si Amil hingga ke atas.
kedua- membantu kesultanan Brunei pada tahun 1918 di pulau chalamian filipina.
ketiga-menyerahkan kuasa kesultanan sulu pada tahun 11924.( the last political power).
memajakkan / menyerahkan negeri sabah pada tahun 1936.dan mangkat pada tahun 1936.
di kg.Pantau-Pantau / Tong Si Ambo-Ambo pulau Bum-Bum Semporna Sabah.( mangkat di Borneo).
Kini cucu-cucu daripada cucu-cucu Tajul Muluk ini timbul semula dengan berbagai persoalan.
1.Siapakah cucu-cucu Tajul Muluk itu sebenarnya ?
2.Mengapa keturunan ini baru timbul sekarang ?
3.Kemanakah keturunan yang lain ?
Cucu-cucu Tajul Muluk sebenarnya adalah anak-anak Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll,
jadi dalam mana-mana maklumat yang Jamalul Kiram ll tidak ada anak adalah tidak benar, yang benar ialah ia ada anak.sebeb Sultan Tajul Muluk ada anak,ada cucu,sebab Tajul Muluk adalah bayangan/gelaran atau nick name bagi Sultan Jamalul Kiram ll. Confirm.!!!!!!.......................
Thursday, June 18, 2009
Sejarah..
Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Sumber lain:
>>Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 12:05 PM . Tuesday, November 11
1. BARU-baru ini penulis bertemu seorang pengkaji sejarah dan perlembagaan . Ketika dia bertugas di Sabah awal tahun 1970an, dia telah mengkaji pulau-pulau Sipadan, Mabul, Ligitan dan selatan Mindanao.
2. Menurut kajiannya, wilayah nusantara Melayu yang meliputi selatan Filipina berasal dari dua beradik asal Keturunan Kesultanan Melayu Johor. Akibat perebutan takhta di satu kawasan di Johor sekitar tahun 1500an, dua beradik ini dihalau oleh saudara kandungnya ke Kepulauan Borneo ( mereka bertapak di kepulauan Sulu.
3. Maka lahirlah Kesultanan Sulu ( Kesultanan Al-Kiram ) yang pernah menguasai sebahagian pantai timur Sabah.Kemdian, keturunan Raja-Raja Sulu berpecah ke Indonesia, Tanah Melayu, Kepulauan Sulu dan Borneo.
Ada diwasiatkan bahawa sekiranya musim menuai telur-telur penyu di kepulauan Sulu, Mindanao, Sipadan, Ligitan, Mabul waris-waris kesultanan ini boleh memungut hasilnya tanpa dihalang.
4.Perkataan Palawan, Zamboanga di selatan Filipina sendiri berasal dari perkataan Jamboangan, asalnya Jambangan Bunga. Jambangan Bunga ini dibawa oleh keturunan anak-anak Raja Johor. Misteri ini masih penulis kaji.
Sumber lain>>
dalam senarai Kesultanan Sulu
Fakta: Dalam banyak riwayat menyatakan bahawa Jamalul Kiram II tiada meninggalkan zuriat. Tapi sebenarnya beliau ada 6 orang anak bernama Laja,Juani,Lubaini,Jumdaini,
Mambang dan Bulaini!32 Sultan Jamal ul-Kiram II
1894-1936The younger brother of Badar ud-Din II. He was proclaimed sultan by his followers in 1884, not long after the death of his older brother. While rajah muda, he was called Amirul Kiram. His proclamation as sultan was contested by Datu Ali ud-Din, a grandson of Sultan Shakirullah, but to no avail. Ali ud-Din was forced to flee to Basilan. It was Harun ar-Rashid who tried to mediate between Amirul Kiram and Ali ud-Din until the Spaniards thought it expedient to have Harun ar-Rashid to sultan himself. The Spaniards were led eventually to deal with Jamal ul-Kiram II as the sultan of Sulu in spite of his repeated refusal to go to Manila on a state visit. Jamal ul-Kiram II died on June 7, 1936. He was considered to have been sultan from 1884 to 1936, despite the fact that in 1915, he virtually surrendered his political powers to the United States government under the so-called Carpenter's Agreement.