Friday, March 22, 2013

KEHADIRAN KETURUNAN INI

Sejak tujuh tahun yang lalu adalah untuk ;
1.Memelihara dan  melestarikan keturunan ini sebagai kenang-kenangan.
2.Membetulkan fakta yang diselewengkan samada sengaja atau tidak dengan tujuan keselamatan..lerana
   Sultan Jamalul Kiram ll.ada anak/waris sebenarnya..
3.Membantu Kerajaan Dalam Isu tuntutan dan kedudukan negeri sabah.
4.Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran,idea,cadangan dan pandangan.
5.Memohon kedudukan,bantuan,penempatan, dan sebagainya untuk memperbaiki kehidupan.
6.Dan membawa misi "Keamanan, & Kesejahteraan".

Keturunan ini pernah memberi pandangan dan memohon  di negeri sabah yang tujuannya adalah untuk membantu memperkasakan kedudukan pemerintahan dan untuk melindungi rakyat dan negeri Sabah agar tidak di ganggu ,di ceroboh dan tidak di tuntut oleh saudara kesultanan sulu yang lain dari Filipina.
Keturunan ini pernah mencadangkan agar ;
-Jawatan Perdana Menteri mesti beragama islam.
-Semua negeri-negeri mesti diduduki oleh golongan raja sebagai pelindung hak rakyat dan untuk melengkapkan sistem beraja.
-Keturunan ini juga pernah mencadangkan agar;imam-imam,khatib-khatim,bilal-bilal,ketua-ketua kampung,Pengerusi-Pengerusi JKKK di beri elaun..alhamdulillah ini di terima oleh kerajaan.
-Semua ahli parti UMNO di beri elaun..ah ..ini belum..dan banyak lagi sumbangan-sumbangan idea yang akan di kemukakan untuk kebaikan semua orang.

Keturunan ini juga ingin menjelaskan kedudukannya dan kaitannya dengan kesultanan  Brunei.
Sultan Jamalul Alam ll dari Brunei ini pernah ke Mindanao untuk menemui Sultan Jamalul Kiram ll.
sekitar tahun 1911,apabila baginda sampai di Mindanao dia melihat kehidupan Sultan Jamalul Kiram ll ini yang suka pergi ke laut untuk memencing ikan ketika waktu malam,dan banyak ikan mereka dapat, Sultan Jamalul Alam begitu tertarik dengan kehidupan di sana akhirnya baginda mahu ikut pergi memancing,Jamalul kiram ll kata," janganlah ..kerana pada waktu malam cuaca begitu sejuk,..Jamalul Alam kata  "tak apa sayapun biasa"...akhirnya mereka pergi memancing sama-sama.Jamalul Alam yang namanya di sebut di Mindanao ialah Anaddin juga dapat banyak ikan...dan bila pulang Jamalul Alam dengan orang-orangnya masak sendiri ikan itu..yang akhirnya di cadangkan oleh Sultan Jamalul Kiram ll ini supaya Jamalul Alam ll ,kahwin lagilah ...supaya ada yang memasak ikan...dan mengurus kehidupannya di sana..maka akhirnya sultan Jamalul Alam berkahwin dengan seorang berbangsa bajau suluk..dapat anak..anak-anaknya ialah ;
Halsi yang di gelar Datu As,kedua perempuan ialah Rahimah namanya dan ketiga Alparani yang bergelar Datu Alpad..ah inilah keturunan Sultan Jamalul Alam ll (Brunei) ini dari Mindanao...

Apabila Sultan Jamalul Alam ll ini pulang ke Brunei ..dia mau bawa anak-anaknya semua tapi tak mau ikut ..yang mau ikut ialah Halsi..tetapi terkena penyakit gila-gila dan di suruh di hantar ke Sim-Sim Sandakan dahulu untuk di ubat..En.Halsi juga ada anak tiga dua perempuan yang tertinggal di Mindanao dan satu anaknya lelaki bernama Hamzani Bin Halsi atau di panggil Hamzah..yang ikut ke Semporna Sabah dan menjalani kehidupannya  sekitar tahun 194oan sehingga  tahun 1988 beliau menjalani kehidupannya di Kg.Bukit Lalang Semporna sebagai pekebun dan nelayan..beliau kahwin pertama dengan Puan Jabira binti Jaukani dan dapat satu orang anak perempuan dan kemudian cerai dan kahwin lagi dengan cucu Sultan Jamalul Kiram ll iaitu anak bungsu Datu Juani yang juga cucu Tajulmuluk kedua. iaitu Dg.Kandurai @ Maruraini.  dan dapat anak 8 orang 5 lelaki dan 3 perempuan.inilah cucu-cucu Datu As @ Datu Halsi ibni Sultan Jamalul Alam ll ( Brunei )..
anak pertama;
1.ABDUL HAMID BIN HAMZANI
2.ABDUL MAID HAMZAH/ HAMZANI.  ( Pengerusi Keturunan Sultan Tajulmuluk )
3.INTAN JUHALA.BINTI HAMZANI
4.ANTHONY@ AMIRYUDDIN BIN HAMZANI.
5.SUAIDAH. BINTI HAMZANI
6.MANJA BIN HAMZANI.
7.RAMLI BIN HAMZANI
8.ZUBAIRAH @ JULIA BINTI HAMZANI.

RAHIMAH . ( Dalam ICnya ) DAHIMA BINTI AINADDIN. AINADDIN nama panggilan semasa di Mindanao.
Anak-anak lelakinya kebanyakkannya bertaraf Imam/
Anak-anaknya ialah ;
1.ABDUL NANANG.BIN BUNNANG
2.HJ.PAMANSALANG  BIN BUNNANG/ kahwin dengan Dg.Insi aini. ( anak Dayang Jumdaini cucu muluk )
3.BUNGA NIPAH. kahwin dengan Encik POMPONG anak Dayang Lubaini -juga cucu muluk).
4,DARMASALLEH.BIN BUNNANG
5.BUNGA LIBA.BINTI BUNNANG
6.TAMMIRAH.BINTI BUNNANG
7.AJULLANANG kahwin dengan Nuaini cucu Dayang Jumdaini)
8.GEMMOK. BIN BUNNANG
9.ILLANG BIN BUNNANG ( anak bungsu/pesara bekas tentera laut diraja Malaysia).

Keturunan ini menjalani kehidupannya di Kg.Tarapuli Semporna.
kesah ini Rahimah pernah di bawa oleh arwah bapanya ke Brunei dan dia ingat semasa perpindahan rumah bilangnya dari Kg.Air ke atas bukit dan dia sempat disuruh tanam pokok serai dan daun selasih di kawasan tersebut..

Sementara En.Alparani yang bergelar DATU ALPAD pernah menjalani kehidupannya di Tawau dan kahwin dengan orang Tidung/banjar..dan seterusnya tidak di ketahui hanya di maklumkann beliau tiada anak ..hanya anak pelihara sahaja.

apapun terjadi kesinambungan kehidupan tetap di teruskan..
hanya sedeikit komen ..sepatutnya Baginda Sultan Brunei datang dan menjenguk keturunan ini yang hidup dalam serba kekurangan dan patut baginda memberi sedikit sumbangan hasil negara Brunei yang kaya raya itu untuk menampung kehidupan keluarga ini.......

sekian mudahan panjang umur semoga kita berjumpa lagi....

Salam Hormat.!!!!!dan salam persaudaraan.....!!!!!NARAWAHAN @GMAIL.COM
-



Saturday, June 9, 2012

KETURUNAN INI BERKAIT DENGAN BRUNEI.

HUBUNGAN KETURUNAN INI DENGAN KESULTANAN BRUNEI..
     Sultan Jamalul Alam ll tang duduk di takhta kesultanan Brunei tahun 1906 hingga 1924 pernah eprgi ke Mindanao Filipina, dan pernah kahwin di sana dengan orang Bajau/suluk..dan ada anak..
anak-anaknya ialah ; Halsi  yang bergelar Datu Halsi atau Datu AS, Rahimah ( Perempuan dan Allparani yang
bergelar Datu Alpad../pada masa dahulu mereka ini tinggal di Mindanao,di bawa oleh bapanya ke Selurung       ( nama Brunei pada masa dahulu..) mereka tidak mahu ikut..tetapi akhirnya mereka ke Borneo ( Sabah) mereka menjalani kehidupan di kawasan Semporna/ Tawau..salah satu yang mahu ikut ke Selurung ..ialah Datu As/Halsi..tetapi sakit / gila-gila yang akhirnya di hantar ke Sandakan untuk di ubat..tunggu-punya tunggu tidak juga pandai sembuh..akhirnya bapanya/sultan Jamalul Alam ll pergi ke Selurung /Brunei...untuk menjalankan tugasnya mentadbir negara,, akhirnya mereka terpisa begitu sahaja sehingga mangkat.." pesannya sama anak-anaknya dan keturunannya ..kalau cari saya ..cari saja di Selurung..tempatnya dekat sahaja kononnya di sebelah sana di Selurung..tetapi apabila di cari di Serudung di kawasan Tawau sana tiada dan akhirnya mereka tak jumpa.."
       Semasa hidupnya Datu As pernah kahwin dan dikurniakan 3 orang anak..2 perempuan dan satu lelaki..dua perempuan ini tinggal di Mindanao..dan anak lelakinya Datu Hamzani Bin Datu Halsi /Datu AS turut ke Borneo..juga ingin mengikuti jejak ayahnya..semasa kecilnya Hamzani pernah di bawa ke Sandakan untuk menemui Bapanya..dan tidak lama kemudian dia di bawa balik ke Semporna/Tawau oleh pakciknya Ajibuddin..untuk menjalani kehidupan seperti biasa...Hamzani kahwin dengan puan Jabirah Bt.Jaukani dan dapat satu anak perempuan Habiah namanya ..tetapi akhirnya bercerai..jodoh sampai setakat itu sahaja...kemudian HAMZANI  kahwin sekali lagi dengan DAYANG MARURAINI BT.DATU PANGLIMA JUANI ( cucu kedua sultan Tajulmuluk yang lari ke Borneo....) ia juga adalah anak kedua Sultan Jamalul Kiram ll..mereka di kurniai 8 orang anak...; Lima lelaki dan Tiga Perempuan.
1.ABDUL HAMID.
2.ABDUL MAID. 
3.INTAN JUHALA. 
4. ANTHONY @AMERYUDDIN.,
5.SUAIDAH.
6.MANJA.
7.RAMLI.
8.ZUBAIRAH @ JULIA..
Maknanya cucu sultan Jamalul Alam ll dari Brunei..kahwin dengan cucu sultan jamalul kiram ll dari sulu..sebab itu keturunan ini berkait..
Anak Sultan Jamalul Alam ll ke dua ialah Dg.Rahimah dengan Encik Tanjawi..di kurniakan 7 orang anak..
.5 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
1.Abdul Nanang.
2.HJ.pamansalang.
3.Bunga Nipah.
4.Bunga Liba.
5.Ajullanag.
6.Gemok.
7.Illang...ini adalah pesara tentera laut diraja Malaysia..
seterusnya keluarga ini berkaitan dengan keluarga Brunei sebelah sini melalui perkahwinan...
Pamansalang kawhin dengan Insiaini anak Datang Jumdaini.Bunga Nipah kahwin dengan Pompong /anak Dayang Lubaini..dan lain-lain...keturunan ini memang bersaudara sebelah ibu mereka..sebab Sultan Jamalul Alam ll ini kahwin dengan keluarga sebelah sini..kini keturunan ini menjalani kehidupan mereka di kawasan Tawau dan Semporna..jika berhubung sila telepon ..0146510778 atau e.mail.keturunantajulmuluk@gmail.com atau hantar surat ke alamat pos
Kg.Bukit Lalang,Peti Surat 446, 91308 Semporna. Sabah.

Saturday, December 24, 2011

"kesah keturunan tajulmuluk

"Buat masa ini masih lagi mencari-cari kedudukan di mana suatu tempat yang boleh bertapak untuk meneruskan kehidupan kerana keturunan ini telah pun berpisah-pisah antara satu sama lain...ada di antaranya yang belum berumahtangga...dan ada juga di antaranya yang tidak ber4sekolah..ini amat sedih dan payah..yang seolah-olah menuju suatu kehidupan yang malap...bagaimanapun adalah di harapkan agar kumpulan ini dapat menikmati suatu kehidupan yang lebih baik ...semoga allah subahanallah hutaalah memberi petunjuk kepada emereka.....

Saturday, August 20, 2011

"Selamat Berpuasa"

Kepada saudara-saudari kami mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan ini,
semoga anda mendapat rahmat dan hidayah daripadanya...sekian daripada waris Tajul muluk....

Monday, August 15, 2011

" selamat berpuasa "

"Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan"
kepada saudara-saudara kami mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan ini,
semoga tuan-tuan mendapat rahmat daripadanya,jauhi segala larangan-larangan yang
membatalkan puasa,dan jauhi segala hasad dengki,fitnah,dan sebagainya,buatlah yang baik,dan kalau boleh bersatulah dimana kelompok atau agensi,hidup tolong-menolong ikut kemampuan,kepada anak-anak muda berusahalah dan tambahlah ilmu pengetahuan kerana sesungguhnya ilmu itu adalah pedoman hidup.
Berhubung dengan hak bangsa kita ke atas negeri sabah,tuan-tuan harap bersabar,kita tengok dulu kerajaan Malaysia,samada ada dia bersikap terbuka atau sebagainya,beberapa kelompok telah berurusan dan menuntut hak ke aatas negeri sabah ini tetapi kita nampak semacam tidak ada harapan,dan kalau boleh negeri sabah ini di ambil secara percuma oleh kerajaan Malaysia dengan bertopengkan rakyat,dan akan adakan pungutan suara konon.dan yang hak kita cuba di nafikan,tuan-tuan ingatlah jika berlaku pungutan suara jangan sekali-kali menjawab ia,...cuba lihat orang-orang kita dilebel,pelarian,pendatang tanpa izin,dan bertahun-tahunpun tinggal di negeri sabah ini susah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan tetapi kalau lannang,kaum-kaum lain,wah!! bukan main mereka datang hari ini,ikut-ikut lagi menghalau kita macam saja hak nenek moyangnya negeri sabah ini,kerajaan malaysia sabah cuba putarbelitkan hak kita di negeri ini,,,,apa kata CM kita,dia tidak mengiktiraf sekalipun keturunan kita di sabah ini, jadi dia ingat nenek moyangnyakah punya negeri sabah ini !!!! tetapi tak aapa dulu kasih kenyang dia, percayalah tuan tidak lama lagi dia akan hilang kuasa itu,,,,lari bertampiaaran itu di sana sini,nanti kita rampas sahaja hak kita daripada mereka,,,,,, kita sudah lakukan sumpahan sesiapa yang memutarbelitkan fakta sejarah negeri sabah ini,,,mudah-mudahan dia mati badannya sebelah dulu,baru dia mati di telan bumi sabah ini,,,,,,,bukan main angkuhnya mereka di bumi sabah ini....
kepada saudara-saudaraku berpuasalah dulu,bertenang,semoga bangsa kita selamat di dunia dan akhirat.....

Wednesday, February 2, 2011

ULASAN RINGKAS

“ Ucapan ringkas!!!!”

“Bismillahirrahmannirrahim,wassalatu wassalamu asrafil ambiaie walmursalin,
Walaa alie Washobbihi azmain.”
“Assalamualaikum warahmatullahi taala hiwalbarakatuh,dan salam sejahtera.”
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada saudara-saudara tausug ,bajau,suluk,kadazan,dusun,dan lain-lain,dimanapun jua berada,kami juga merasa gambira kerana saudara-saudara tausug telah ramai di sabah, dengan itu,marilah kita sama-sama berdoa,semoga kita dilimpahkan rahmat dan hidayahnya,di beri petunjuk ke arah jalan yang benar,
“Selamat Tahun Baru!!!”
Kepada saudara-saudaraku,jangan lupa,bangsa kita takkan hilang di dunia,dan jangan lupa,bahawa tiada sesiapapun yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan ia mengubah nasib dirinya sendiri.dan tiada sesiapapun bangsa yang maju kecuali sesuatu bangsa itu bersatu.oleh itu kepada saudara-saudaraku marilah kita bersatu meletakkan visi dan misi, untuk mewujudkan satu bangsa itu bersatu,maju dan mardeka.
Dengan megikuti langkah-langkah seperti berikut;

1.pertama, tegakkan syiar islam walaupun dimana anda berada.
2.kedua. carilah ilmu dimana sahaja,kerana ilmu itu adalah pedoman hidup.
3.ketiga, kalau di sabah,malaysia,dapatkan hak kewarganegaraan.
4.keempat,Carilah nafkah demi kehidupan,berniagalah ikut peraturan.
5.kelima,Jika anda sebagai warganegara,bersatulah dalam mana-mana kumpulan samada dalam keluarga,parti politik,atau mana sahaja .
6.keenam di Malaysia ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
7.ketujuh;,Berusahalah juga untuk memastikan kemardekaan di sulu.
8.Kelapan;.soal di Sabah pula biarkanlah ia seperti sekarang ini,sebab kita hidup di sini ,soal pewaris-pewaris kesultanan sulu,janganlah memikirkan yang lain-lain kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia,bahawa, bagi negeri-negeri yang tiada beraja ia akan di duduki oleh Yang dipertuan negeri.dan negeri Sabah tidak dimaklumkan kerana pemilik negeri Sabah Sultan Hj.Mohd.Jamalul Kiram ll,mangkat sebelum wujudnya negara Malaysia,walaupun anak-anaknya ada disini tetapi tidak di maklumkan, lagipun TYT ini adalah urusan politik,sebab biasanya selepas menjadi YB,mahu lagi menjadi TYT,entahlah sehingga bila mereka puas memegang jawatan.cuma yang ruginya TYT tidak layak menduduki kerusi Yang Dipertuan Agong,yang sepatutnya diberikan kepada orang yang layak sebab itu kita nasihatkanJanganlah berfikir apa-apa tentang ini di negeri sabah.apa yang penting bersatulah dimana-mana cawangan parti politik,dan kalau kita pemimpin politik terutama menjadi ketua menteri, barulah kita boleh menentukan ,memaklumkan dan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan.
9.kesembilan; bilamana ada pungutan suara tentang kedudukan negeri sabah,tuan,tuan perlu berfikir, samada setuju atau tidak adakah negeri sabah ini diberi secara percuma atau tidak.maka tuan mesti menjawab tidak sebab tanah negeri sabah ini adalah tanah hak dan kepunyaan nenek moyang kita.
10.kesepuluh;kepada saudara-saudara kita,Datu Omar,Sultan Ismail Dalus Kiram,Datu Raja Muda Agbimuddin Ibni Sultan Punjungan Kiram,Sultan Muhammad Fuad Abdullah Kiram,Rodinood julaspi Kiram,Raja Bungsu ll dan lain-lain,dimaklumkan supaya jangan sekali-kali menyerahkan negeri Sabah ini kepada sesiapa !
dan seharusnya kita berjumpa
untuk membincangkan hal-ehwal negeri sabah ini, dan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian seharusnya berjumpa dan berbincang bersama.
11.Kesebelas; kepada Sultan Mohammad Fuad Abdullah Kiram,Rodinood julaspi Kiram harap dapat membuka laman web.kita ini dan dapat menghubingi kita melalui telefon yang tertera disini.
12.Ke duabelas; kepada saudara-saudaraku tausug dimanapun jua berada,terlebuh dahulu kami mohon maaf kerana tidak timbul selama ini,dan sudah 75 tahun kemangkatan almarhum Datu kami,Datu Jahaba Bin Muluk Mandarasa.yang bergelar
Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll,di kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna,Sabah.
dan kepada sesiapa yang hendak menziarahi makam baginda boleh datang,samada terus ke Pulau itu atau hubungi kami di telefon yang tertera.
“Dan yang akhir sekali saya ingin mengakhiri ucapan ini dahulu,
Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wal barakatuh.!!!
“selamat tahun baru semua semoga kita berjumpa lagi di lain lebaran.!”

DATU ABDUL MAID HAMZAH.
Pengerusi Pewaris Sultan Tajul Muluk.
(Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll,ibni al-marhum Sultan Jamalul Alam@ Azam.)
01 januari 2011.

BERIKUT ADALAH SALASILA KETURUNAN KAMI.
|
MULUK MANDARASA
( Sultan Jamalul Alam @ Azam . Sultan sulu & Borneo.1863-1881.)
|
SULTAN BADARUDDIN II. 1881-1884.
Dayang-Dayang Hjh.Piandao
|

JAHABA BIN MULUK MANDARASA
Sultan Ombong
(Sultan Jamalul Kiram ll.Sultan Sulu & North Borneo 1884-1936.)
|
Anak angkat bernama : Jul Asbi.
Anak jul Asbi ialah; Sultan Ronirood Julasbi Kiram ll.
|
Anak Sebenar Sultan Jamalul Kiram ll.
ialah ;
Cucu-Cucu Sultan Tajul Muluk Yang Hilang jam 12.00 tengah malam
pada masa dahulu. Mereka melarikan diri ke north borneo.ke kg.Pantau-Pantau
Pulau Bum-Bum Semporna Sabah.

Tiga lelaki,tiga perempuan mereka ialah
1. LAJA 2. JUANI. 3. MAMBANG . 4. LUBAINI. 5. JUMDAINI. 6. BULAINI


Anak-Anak Datu Panglima Laja
ialah;
Tuau ( Datu Mamansa )
Datu Sambutu
Dg.Hjh.Makagila.
Dg.Habilliah.
Gapul.

Anak-Anak Datu Panglima Juani
Ialah ;
Datu Jalmaani
Datu Ajah
Dg.Nurisam.( Si Malanu)
Dg.Maruraini.
Hamzani.

Anak-Anak Datu Panglima Mambang.
Ialah ;
Datu Kiang
Datu Nuljan
Datu Jalman
Datu Jamlang
Datu Abd.Sarang
Datu Unding
Dg.Hjh.Nafsah.
Dg.Hjh Karijah.
Dg.Hjh.Sitti Raimahana.

Anak-Anak Dayang Lubaini’
Ialah ;
Immang.
Pompong.
Dg.Noraini

Anak-Anak Dayang Jumdaini
Ialah ;
Polis ( Datu Pula)
Majurani ( Kaddo )
Dg.Entah.
Dg.Insiaini.

Anak-Anak Dayang Bulaini
Ialah ;
Mamangku { Datu Rainasal)
Kalumpang
Karatala
Dg.Saddapaini
Dg.Laburaini
Dg.Bunga Aini
DG.Bunga Saini.

Sunday, June 6, 2010

seterusnya

kedudukan Sultan Tajul Muluk sebenarnya agak mengelirukan sebab ia adalah gelaran kepada dua orang sultan. cucu-cucu Tajul Muluk yang hilang sebenarnya adalah juga anak Tajul Muluk.
Bapa bernama Muluk Mandarasa dan anak bernama Jahaba atau Ombong. Muluk Mandarasa bergelar Sultan Jamalul Alam @ Azam. dan Jahaba bergelar Sultan Jamalul Kiram II.maka sepatutnya gelaran Sultan Tajul Muluk diberi pada ayah tetapi oleh sebab anak paling lama duduk ditakhta iaitu selama 52 tahun maka baginda di gelar Sultan Tajul Muluk. sebab itu Sultan Tajul Muluk adalah nick name atau bayangan bagi Sultan Jamalul Kiram II.baginda ada anak iaitu cucu-cucu sultan Tajul Muluk yang hilang itu adalah anak-anak Sultan Jamalul Kiram II.maka keturunannya lah yang paling layak menduduki takhta kesultanan samada di Sulu atau di negeri Sabah.
Tajul Muluk mengikut kajian pada masa dahulu sebenarnya bukanlah sultan beliau hanyalah setiausaha di istana atau mengikut adat sulu di rumah bicara( he is a screatery to the sultanate)
beliau adalah menantu sultan,oleh sebab beliau adalah menantu sultan Muhammad Pognay Pulalun dan cucu daripada sultan sakirullah ( keturunan sultan juga ) maka beliau akhirnya menjadi sultan juga.