Friday, March 22, 2013

KEHADIRAN KETURUNAN INI

Sejak tujuh tahun yang lalu adalah untuk ;
1.Memelihara dan  melestarikan keturunan ini sebagai kenang-kenangan.
2.Membetulkan fakta yang diselewengkan samada sengaja atau tidak dengan tujuan keselamatan..lerana
   Sultan Jamalul Kiram ll.ada anak/waris sebenarnya..
3.Membantu Kerajaan Dalam Isu tuntutan dan kedudukan negeri sabah.
4.Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran,idea,cadangan dan pandangan.
5.Memohon kedudukan,bantuan,penempatan, dan sebagainya untuk memperbaiki kehidupan.
6.Dan membawa misi "Keamanan, & Kesejahteraan".

Keturunan ini pernah memberi pandangan dan memohon  di negeri sabah yang tujuannya adalah untuk membantu memperkasakan kedudukan pemerintahan dan untuk melindungi rakyat dan negeri Sabah agar tidak di ganggu ,di ceroboh dan tidak di tuntut oleh saudara kesultanan sulu yang lain dari Filipina.
Keturunan ini pernah mencadangkan agar ;
-Jawatan Perdana Menteri mesti beragama islam.
-Semua negeri-negeri mesti diduduki oleh golongan raja sebagai pelindung hak rakyat dan untuk melengkapkan sistem beraja.
-Keturunan ini juga pernah mencadangkan agar;imam-imam,khatib-khatim,bilal-bilal,ketua-ketua kampung,Pengerusi-Pengerusi JKKK di beri elaun..alhamdulillah ini di terima oleh kerajaan.
-Semua ahli parti UMNO di beri elaun..ah ..ini belum..dan banyak lagi sumbangan-sumbangan idea yang akan di kemukakan untuk kebaikan semua orang.

Keturunan ini juga ingin menjelaskan kedudukannya dan kaitannya dengan kesultanan  Brunei.
Sultan Jamalul Alam ll dari Brunei ini pernah ke Mindanao untuk menemui Sultan Jamalul Kiram ll.
sekitar tahun 1911,apabila baginda sampai di Mindanao dia melihat kehidupan Sultan Jamalul Kiram ll ini yang suka pergi ke laut untuk memencing ikan ketika waktu malam,dan banyak ikan mereka dapat, Sultan Jamalul Alam begitu tertarik dengan kehidupan di sana akhirnya baginda mahu ikut pergi memancing,Jamalul kiram ll kata," janganlah ..kerana pada waktu malam cuaca begitu sejuk,..Jamalul Alam kata  "tak apa sayapun biasa"...akhirnya mereka pergi memancing sama-sama.Jamalul Alam yang namanya di sebut di Mindanao ialah Anaddin juga dapat banyak ikan...dan bila pulang Jamalul Alam dengan orang-orangnya masak sendiri ikan itu..yang akhirnya di cadangkan oleh Sultan Jamalul Kiram ll ini supaya Jamalul Alam ll ,kahwin lagilah ...supaya ada yang memasak ikan...dan mengurus kehidupannya di sana..maka akhirnya sultan Jamalul Alam berkahwin dengan seorang berbangsa bajau suluk..dapat anak..anak-anaknya ialah ;
Halsi yang di gelar Datu As,kedua perempuan ialah Rahimah namanya dan ketiga Alparani yang bergelar Datu Alpad..ah inilah keturunan Sultan Jamalul Alam ll (Brunei) ini dari Mindanao...

Apabila Sultan Jamalul Alam ll ini pulang ke Brunei ..dia mau bawa anak-anaknya semua tapi tak mau ikut ..yang mau ikut ialah Halsi..tetapi terkena penyakit gila-gila dan di suruh di hantar ke Sim-Sim Sandakan dahulu untuk di ubat..En.Halsi juga ada anak tiga dua perempuan yang tertinggal di Mindanao dan satu anaknya lelaki bernama Hamzani Bin Halsi atau di panggil Hamzah..yang ikut ke Semporna Sabah dan menjalani kehidupannya  sekitar tahun 194oan sehingga  tahun 1988 beliau menjalani kehidupannya di Kg.Bukit Lalang Semporna sebagai pekebun dan nelayan..beliau kahwin pertama dengan Puan Jabira binti Jaukani dan dapat satu orang anak perempuan dan kemudian cerai dan kahwin lagi dengan cucu Sultan Jamalul Kiram ll iaitu anak bungsu Datu Juani yang juga cucu Tajulmuluk kedua. iaitu Dg.Kandurai @ Maruraini.  dan dapat anak 8 orang 5 lelaki dan 3 perempuan.inilah cucu-cucu Datu As @ Datu Halsi ibni Sultan Jamalul Alam ll ( Brunei )..
anak pertama;
1.ABDUL HAMID BIN HAMZANI
2.ABDUL MAID HAMZAH/ HAMZANI.  ( Pengerusi Keturunan Sultan Tajulmuluk )
3.INTAN JUHALA.BINTI HAMZANI
4.ANTHONY@ AMIRYUDDIN BIN HAMZANI.
5.SUAIDAH. BINTI HAMZANI
6.MANJA BIN HAMZANI.
7.RAMLI BIN HAMZANI
8.ZUBAIRAH @ JULIA BINTI HAMZANI.

RAHIMAH . ( Dalam ICnya ) DAHIMA BINTI AINADDIN. AINADDIN nama panggilan semasa di Mindanao.
Anak-anak lelakinya kebanyakkannya bertaraf Imam/
Anak-anaknya ialah ;
1.ABDUL NANANG.BIN BUNNANG
2.HJ.PAMANSALANG  BIN BUNNANG/ kahwin dengan Dg.Insi aini. ( anak Dayang Jumdaini cucu muluk )
3.BUNGA NIPAH. kahwin dengan Encik POMPONG anak Dayang Lubaini -juga cucu muluk).
4,DARMASALLEH.BIN BUNNANG
5.BUNGA LIBA.BINTI BUNNANG
6.TAMMIRAH.BINTI BUNNANG
7.AJULLANANG kahwin dengan Nuaini cucu Dayang Jumdaini)
8.GEMMOK. BIN BUNNANG
9.ILLANG BIN BUNNANG ( anak bungsu/pesara bekas tentera laut diraja Malaysia).

Keturunan ini menjalani kehidupannya di Kg.Tarapuli Semporna.
kesah ini Rahimah pernah di bawa oleh arwah bapanya ke Brunei dan dia ingat semasa perpindahan rumah bilangnya dari Kg.Air ke atas bukit dan dia sempat disuruh tanam pokok serai dan daun selasih di kawasan tersebut..

Sementara En.Alparani yang bergelar DATU ALPAD pernah menjalani kehidupannya di Tawau dan kahwin dengan orang Tidung/banjar..dan seterusnya tidak di ketahui hanya di maklumkann beliau tiada anak ..hanya anak pelihara sahaja.

apapun terjadi kesinambungan kehidupan tetap di teruskan..
hanya sedeikit komen ..sepatutnya Baginda Sultan Brunei datang dan menjenguk keturunan ini yang hidup dalam serba kekurangan dan patut baginda memberi sedikit sumbangan hasil negara Brunei yang kaya raya itu untuk menampung kehidupan keluarga ini.......

sekian mudahan panjang umur semoga kita berjumpa lagi....

Salam Hormat.!!!!!dan salam persaudaraan.....!!!!!NARAWAHAN @GMAIL.COM
-