Saturday, October 26, 2013

KETURUNAN RAJA YANG HILANG

Inilah kesahnya keturunan raja yang hilang dan hanyut di telan zaman apabila kisah ini telah berlalu begitu lama maka entah kemana perginya waris-waris diraja ini...yang pada mulanya samada kebetulan atau sengaja di rancang untuk menyelamatkan keturunan ini tetapi akhirnya benar-benar hilang sehingga kini...mereka sebenarnya tidak hilang tetapi hanya hilang dalam masyarakat itu sendiri...namun demikian apabila keturunan ini hadir semula pada masa kini ..mana ada orang percaya lagi....sudah lagi zaman ini jauh berbeza dengan keperluan masa dahulu...kalau dulu Raja di julang..raja di sanjung...tetapi kini kalau boleh di hapuskan sama sekali..sudah lagi adanya TYT..ah ini lagi orang suka yang orang anggap adalah sebagai satu jawatan yang di impi-impikan oleh YB-YB...maklumlah setaraf raja...semuanya masa kini adalah segala-galanya kerana politik...
Kesah waris-waris raja yang hilang ini memang hanya bergantung pada nasib sahajalah dan atas ketentuan takdir....apakan lagi kewujudan waris-waris ini telah diselewengkan fakta-fakta yang benar ini adalah agenda politik...yang berjaya dan wujud ialah ahli-ahli politik...kalau dulu golongan raja memberi ruang pada rakyat ontuk berkuasa melalui sistem politik tetapi kini ada pula rakyat yang cuba mempersendaakan malah cuba menghapuskan golongan ini....
bagaimanapun tahniah pada mereka-mereka yang masih wujud dan duduk di takhta masing-masing...yang kalau di Malaysia ada sembilan raja dan di Brunei ada satu...tetapi yang malang ialah yang telah hilang yang hanya muncul semula atas nama biasa dan sudah orang tidak percaya...inilah kisah raja yang hilang yang terus merintih hidup dalam kedaifan.......keturunan-keturunan ini adalah keturunan Sultan Mohammad Jamalul Kiram ll...yang dikatakan tiada anak..tetapi hilang atas nama cucu-cucu sultan Tajulmuluk yang hilang...di abad ke 19...dan satu lagi ialah keturunan Sultan Mohammad Jamalul Alam ll dari Brunei..yang pernah menjalani kehidupannya di Mindanao..dan yang anak-anaknya ikut menatap di Borneo..Semporna Sabah...ia itu 1.Halsi ( Datu As) 2.Rahimah.
3. Alparani (Datu Alpad)...Datu As hampir duduk di takhta kesultanan Brunei...tetapi atas kesilapan terlanggar pantang pergi menebang pokok ara...yang akhirnya beliau terkena penyakit gila-gila dan terpaksa di hantar ke sim-sim sandakan dan akhirnya mangkat di situ...dan kini cucu-cucunya telah hadir tetapi masih juga belum mendapat perhatian...dan kalau di rujuk salasila mereka ini adalah anak-kemanakan baginda Sultan Brunei Darussalam...yang sepatutnya baginda menjenguk-jenguk keturunan dan seterusnya menghulurkan bantuan...tetapi sehingga kini ..sunyi sepi tanpa berita...yang sepatutnya kalau baginda datang menjenguk keluarganya ini..baginda nampak begitu daifnya kehidupannya keluarga/kerabat ini...kalau kita lihat mereka sebenarnya boleh berurusan seperti orang lain tetapi atas kedaifan dan masalah kewangan yang mereka hadapi maka mereka adalah amat sukar untuk bergerak......hanya dengan nama allah yang maha pemurah dan pengasih jika ada yang sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan maka kemungkinan keturunan ini bolehlah bergerak sedikit untuk memaparkan diri mereka dan seterusnya hadir dalam masyarakat yang serba maju dan moden ini...
kepada saudara-saudari yang simpati bantulah mereka dengan seberapa seadanya ke akaun yang tertera MAYBANK NO.AKAUN : 560045006713 Atas nama Semporna Garden...harap-harap baginda Sultan Brunei dan baginda Sultan Selangor atau siapa saja yang sudi dan ikhlas dapat menghulurkan bantuan dan insyaallah kami akan datang untuk buat kunjungan hormat pada tuan-tuan...semoga sumbangan tuan-tuan akan dapat mendapat berkat daripadanya ....amin.......
 semoga kita berjumpa lagi......Raja mengemis......

Tuesday, May 28, 2013

sambungan...................


     Semasa kami kecil, ibubapa kami senantiasa membacakan doa dan selawat keatas  junjungan nabi Mohammad s.a.w. kadang-kadang saya heran kenapa selalu di buat oleh ibubapa kami...dan kami juga senantiasa di jaga oleh saudara-saudara kami...rupanya kami di suruh di jaga oleh sebab adalah mewarisi keturunan ini...
    Saya ingat semasa kami tinggal di kg.Labusai Pulau Bum-Bum Semporna...nenek kami tegas orangnya...selalu mengarahkan saudara-saudara kami abang Moong yang bergelar Datu Hj.Abd.Rahman Bin Datu Dakula ( naib pengerusi MILF) dan abang Abdua  untuk menjaga kami ,dan selalunya bila perayaan akan tiba..seperti bulan puasa,hariraya  aidilfitri,korban,,selalunya nenek kami Datu Panglima Juani di tanya bila mengadakannya dan beliau akan memutuskannya...rupanya beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap agama...dan abangnya Almarhum Datu Panglima Laja adalah ketua pentadbir dalam keluarga ini...termasuk orang yang pernah berkuasa di daerah semporna sedikit masa dahulu....yang bergelar Datu O.T.dan adek mereka Datu Panglima Mambang tinggal di kg.Muntai-Muntai...ketiga-tiga orang ini adalah pahlawan di daerah semporna  dan ...merekalah kumpulan yang membenteras lanun-lanun di daerah semporna pada masa itu...sebab itulah sebenarnya mereka ini juga di gelar sebagai lagenda pada perayaan lepa-lepa yang di adakan selalu pada bulan april setiap tahun....yang selalunya di sebut "atas kepintaran dan keberanian Datu Panglima Laja dengan adek-adeknya....: dan sekitar tahun 1966/67 kumpulan ini berpinda ke daratan daerah semporna....Datu Panglima Juani pinda ke kg.sinallang yang namanya sekarang kg.bukit Lalang....dan Datu Panglima Laja serta Datu Panglima Mambang pinda ke kg.Tarapuli semporna...dan menghabiskan masa hidup mereka di kawasan ini...pernah tersiar dalam sebuah akhbar tempatan..."yang sulung..mangkat di Tarapuli dan yang tengah mangkat di kebun bunga semporna :...: Datu panglima Laja di pindahkan ke kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum semporna...:
     kami bersama ibubapa kami tinggal di kg,bukit lalang pada masa itu dan bapa kami menjalani kehidupan sebagai petani dan nelayan...beliaulah membesarkam kami , menghantar kami ke sekolah dan menanggung segala perbelanjaan kami...bapa kami bernama Hamzani Bin Halsi, atau dipanggil Hamzah...beliau adalah anak tunggal lelaki daripada  nenek Halsi yang bergelar Datu As,nenek As di hantar ke Sandakan dan tinggal di kg.sim-sim Sandakan untuk di ubat kerana beliau terkena penyakit gila-gila..akibat di suruh menebang pokok ara..dan terlanggar pantang yang tidak boleh menebang satu pokok dalam sehari....dan akhirnya mangkat di kg.sim-sim Sandakan....mengikut maklumat nenek As hanya sempat di lawat beberapa kali oleh ayahnya Dari Brunei...dan bapanya mangkat pada tahun 1924 sebab itu nenek As, agak terbiar dan di pelihara oleh orang yang mengubat di kg.sim-sim Sandakan...yang akhitnya mangkat di situ...
     Bapa kami menjalani kehidupan di kg.bukit Lalang Sempornasekitar tahun 1966 hingga 1988...dan kami masih tinggal sehingga sekarang....

Apapun berlaku kami terus menjalani kehidupan di kampung bukit Lalang Semporna...sehingga suatu masa nanti...dan harapan kami semoga ada berita dari Brunei...dan sebagai makluman terutama sekali kepada baginda Sultan hj.Hassanal Bolkiah..semoga baginda memberi perhatian dan bantuan pada keturunan ini...dan disini kami memberitahu bahawa orang tua atau kumpulan yang baginda cari sepertimana perbualan baginda dengan Yang Berhormat Dato Musa Hj.Aman ...perjumpaan tertutup di dewan masyarakat sandakan pada 3.3.2012 yang baginda cari dan maksudkan  itu adalah kami..cucu-cucu Datu Halsi ( Datu AS).dan anak serta cucu-cucu nenek Rahimah ada tinggal di kg.Tarapuli semporna...sementara nenek Alpad ( Alparani) pernah tinggal dan menjalani kehidupan di kg.Merotai Tawau, sekurang-kurangnya pihak Brunei tahu bahawa kami ada tinggal di sini...

                                       Salasila.

                                Sultan Muhammad  Jamalul Alam ll.1906-1924 Brunei.
                                                         anak-anaknya ialah .

                           Dari brunei.                                           Dari Mindanao.
            1. Sultan Ahmad Tahuddin.                                      1.   Halsi ( Datu As )
           2.Sultan Omar Ali Saifuddin lll.                                   2.   Rahimah.
           3  .....                                                                         3. Alparani ( Datu Alpad )
                                                              Cucu-cucu.
           Sultan Hj.Hassanal Bolkiah.                                          Hamzani Bin Halsi.

                                                                                         

                                                    












Sunday, May 26, 2013

KESAH CUCU-CUCU DATU AS @ HALSI AINADDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN JAMALUL ALAM II 1906-1924 BRUNEI.

DATU AS @ HALSI Adalah anak Sultan Jamalul Alam ll 1906-1924 dari Brunei. mereka ada tiga orang adek-beradek yang lahir di Mindanao sedikit masa dahulu,mereka ialah Halsi yang bergelar Datu As, kedua ialah Rahimah dan ketiga ialah Alparani yang bergelar Datu Alpad...mereka ini adek-beradek dengan Sultan Ahmad Tajuddin dan Sultan Omar Ali Saifuddin lll. satu bapa dan lain ibu..Datu As tidak sempat duduk di takhta Kesultan Brunei /not become to the sultanate because...sebab beliau terkena penyakit gila-gila ekoran menebang pokok kayu ara...beliau memang boleh tetapi terlanggar pantang yangmana boleh tebang satu pokok sahaja dalam satu hari tetapi tertebangnya dua pokok pada hari itu..yang akhirnya beliau terkena penyakit gila-gila dan terpaksa di hantar ke Sim-Sim Sandakan untuk di ubat...sehingga meninggal di sana...
anak Datu As ialah 1.Hamzani.2.Laisahara dan 3.Jaimimah..dua perempuan ini tertinggal di Mindanao dan Hamzani ikut ke Borneo...Hamzani Bin Halsi namanya satu-satunya anak lelaki Datu As @ Halsi. Hamzani kahwin sama anak Datu Panglima Juani ( cucu kedua Sultan Tajulmuluk) dapat lapan orang anak lima lelaki dan tiga perempuan yang kini menjalani kehidupan di kg.Bukit Lalang Semporna...mereka ialah 1.ABDUL HAMID BIN HAMZANI 2. ABDUL MAID BIN HAMZAH/NI. 3.INTAN BT.HAMZANI.4.ANTHONY@AMERYUDDIN.BIN HAMZANI.5.SUAIDAH BT.HAMZANI
6.MANJA BIN HAMZANI.7.RAMLI BIN HAMZAH/NI. 8. ZUBAIRAH @ JULIA BT.HAMZANI.
Cucu -Cucu ini pernah ke Brunei kerana ingin menemui pakcik mereka Sultan Hj.Hassanal Bolkiah ..
.Sultan Hj.Hassanal Bolkiah adalah sepupu satu kali dengan Hamzani Bin Halsi...tetapi Hamzani telah meninggal sejak tahun 1988 lagi..dan kini tinggal anak-anaknya yang menjalani kehidupan di Sabah.. yang patut di cari oleh kerabat dari Brunei...jika Berunei benar -benar ingin menjejaki kerabat di raja Brunei dari negeri ....Sabah ini...

Monday, April 1, 2013

KESAH ANAK-ANAK SULTAN JAMALUL KIRAM II.

Sultan Jamalul Kiram ll. ada beberapa orang bini dan ada anak...anak-anaknya yang jelas ialah; Laja,Juani.Lubaini,Jumdaini,Mambang dan Bulaini...mereka adalah cucu-cucu sultan Tajulmuluk yang hilang detik jam 12 tengah malam sekitar tahun 1920an...sebab kehilangan anak-anak ini baginda di lapor tidak ada anak...mereka tahu anak-anak yang hilang ini selamat belayar ke north borneo...tetapi untuk menyelamatkan keturunan ini di lapor tiada anak..dan sehingga tahun 1936 ..satu kenyataan "no issue about male "...tetapi bila kita semak dalam laman web..Ir othman..mengikut maklumat dari united kingdom bahawa beliau ada anak...dan kenyataan daripada keturunannya ini, masakan ada keturunan kalau tidak ada anak !!! telahpun di jelaskan dalam blog ini...beberapa kali dan makam beliau ada kalau nak tahu..maklumat ini telahpun diberitahu pada kerajaan Malaysia..kesultanan melayu dan Brunei..serta beberapa Menteri,IPTA dan beberapa orang  pakar sejarah termasuk Prof.Khoo Kay Kim..tetapi inipun tidak boleh pakai kerana cuba menafikan hak orang..lagipun beliau bukanlah orang yang betul-betul arif apakan lagi ia bukan beragama islam...
FAKTA KE DUA...MULUK MANDARASA HANYA ADA 2 ORANG ANAK LELAKI SAHAJA DAN 7 PEREMPUAN.

2 orang anak lelaki itu ialah; Sultan Badaruddin ll dan sultan Jamalul Kiram ll. sementara yang lain-lain hanyalah anak angkat seperti Julaspi Kiram ll hanyalah pengawal istana dan Mawalil wasit kiram. adalah anak gundik tetapi mengakun anak kepada Muluk..Sultan Jamalul Kiram ll pergi ke borneo..untuk menemui anak-anaknya tetapi Muwalil wasit kiram naik ke Istana Maembong duduk di takhta..dan akhirnya Jamalul Kiram ll bertakhta di borneo di Sabah..sehingga mangkat di kg.Pantau-Pantau pulau Bum-Bum Semporna...
pada 6/6/1936. pagi 7/6/1936 baru di kebumikan..Muwalil Wasit meninggal duluan tiga bulan sebelum beliau mangkat..4 tahun kemudian perang dunia ke 2 meletus dan akhirnya kesahnya tertutup..selepas perang tamat..Datu Panglima Laja dengan adek-adeknya hendak balik ke sulu untuk menyambung takhta almarhum ayahnya tetapi Ismail Kiram 1 anak Muwalil sudah duduk..lagipun atas nasihat Tun Mustapha agar mereka jangan lagi balik ke sulu  yang akhirnya Datu Panglima Laja dengan adek-adeknya menatap di sabah...dan tugas terakhirnya ialah mentadbir daerah semporna peringkat awal/ orang yang bergelar Datu O.T. ialah beliau lah ..Datu O.T.Panglima Laja.

Friday, March 22, 2013

KEHADIRAN KETURUNAN INI

Sejak tujuh tahun yang lalu adalah untuk ;
1.Memelihara dan  melestarikan keturunan ini sebagai kenang-kenangan.
2.Membetulkan fakta yang diselewengkan samada sengaja atau tidak dengan tujuan keselamatan..lerana
   Sultan Jamalul Kiram ll.ada anak/waris sebenarnya..
3.Membantu Kerajaan Dalam Isu tuntutan dan kedudukan negeri sabah.
4.Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran,idea,cadangan dan pandangan.
5.Memohon kedudukan,bantuan,penempatan, dan sebagainya untuk memperbaiki kehidupan.
6.Dan membawa misi "Keamanan, & Kesejahteraan".

Keturunan ini pernah memberi pandangan dan memohon  di negeri sabah yang tujuannya adalah untuk membantu memperkasakan kedudukan pemerintahan dan untuk melindungi rakyat dan negeri Sabah agar tidak di ganggu ,di ceroboh dan tidak di tuntut oleh saudara kesultanan sulu yang lain dari Filipina.
Keturunan ini pernah mencadangkan agar ;
-Jawatan Perdana Menteri mesti beragama islam.
-Semua negeri-negeri mesti diduduki oleh golongan raja sebagai pelindung hak rakyat dan untuk melengkapkan sistem beraja.
-Keturunan ini juga pernah mencadangkan agar;imam-imam,khatib-khatim,bilal-bilal,ketua-ketua kampung,Pengerusi-Pengerusi JKKK di beri elaun..alhamdulillah ini di terima oleh kerajaan.
-Semua ahli parti UMNO di beri elaun..ah ..ini belum..dan banyak lagi sumbangan-sumbangan idea yang akan di kemukakan untuk kebaikan semua orang.

Keturunan ini juga ingin menjelaskan kedudukannya dan kaitannya dengan kesultanan  Brunei.
Sultan Jamalul Alam ll dari Brunei ini pernah ke Mindanao untuk menemui Sultan Jamalul Kiram ll.
sekitar tahun 1911,apabila baginda sampai di Mindanao dia melihat kehidupan Sultan Jamalul Kiram ll ini yang suka pergi ke laut untuk memencing ikan ketika waktu malam,dan banyak ikan mereka dapat, Sultan Jamalul Alam begitu tertarik dengan kehidupan di sana akhirnya baginda mahu ikut pergi memancing,Jamalul kiram ll kata," janganlah ..kerana pada waktu malam cuaca begitu sejuk,..Jamalul Alam kata  "tak apa sayapun biasa"...akhirnya mereka pergi memancing sama-sama.Jamalul Alam yang namanya di sebut di Mindanao ialah Anaddin juga dapat banyak ikan...dan bila pulang Jamalul Alam dengan orang-orangnya masak sendiri ikan itu..yang akhirnya di cadangkan oleh Sultan Jamalul Kiram ll ini supaya Jamalul Alam ll ,kahwin lagilah ...supaya ada yang memasak ikan...dan mengurus kehidupannya di sana..maka akhirnya sultan Jamalul Alam berkahwin dengan seorang berbangsa bajau suluk..dapat anak..anak-anaknya ialah ;
Halsi yang di gelar Datu As,kedua perempuan ialah Rahimah namanya dan ketiga Alparani yang bergelar Datu Alpad..ah inilah keturunan Sultan Jamalul Alam ll (Brunei) ini dari Mindanao...

Apabila Sultan Jamalul Alam ll ini pulang ke Brunei ..dia mau bawa anak-anaknya semua tapi tak mau ikut ..yang mau ikut ialah Halsi..tetapi terkena penyakit gila-gila dan di suruh di hantar ke Sim-Sim Sandakan dahulu untuk di ubat..En.Halsi juga ada anak tiga dua perempuan yang tertinggal di Mindanao dan satu anaknya lelaki bernama Hamzani Bin Halsi atau di panggil Hamzah..yang ikut ke Semporna Sabah dan menjalani kehidupannya  sekitar tahun 194oan sehingga  tahun 1988 beliau menjalani kehidupannya di Kg.Bukit Lalang Semporna sebagai pekebun dan nelayan..beliau kahwin pertama dengan Puan Jabira binti Jaukani dan dapat satu orang anak perempuan dan kemudian cerai dan kahwin lagi dengan cucu Sultan Jamalul Kiram ll iaitu anak bungsu Datu Juani yang juga cucu Tajulmuluk kedua. iaitu Dg.Kandurai @ Maruraini.  dan dapat anak 8 orang 5 lelaki dan 3 perempuan.inilah cucu-cucu Datu As @ Datu Halsi ibni Sultan Jamalul Alam ll ( Brunei )..
anak pertama;
1.ABDUL HAMID BIN HAMZANI
2.ABDUL MAID HAMZAH/ HAMZANI.  ( Pengerusi Keturunan Sultan Tajulmuluk )
3.INTAN JUHALA.BINTI HAMZANI
4.ANTHONY@ AMIRYUDDIN BIN HAMZANI.
5.SUAIDAH. BINTI HAMZANI
6.MANJA BIN HAMZANI.
7.RAMLI BIN HAMZANI
8.ZUBAIRAH @ JULIA BINTI HAMZANI.

RAHIMAH . ( Dalam ICnya ) DAHIMA BINTI AINADDIN. AINADDIN nama panggilan semasa di Mindanao.
Anak-anak lelakinya kebanyakkannya bertaraf Imam/
Anak-anaknya ialah ;
1.ABDUL NANANG.BIN BUNNANG
2.HJ.PAMANSALANG  BIN BUNNANG/ kahwin dengan Dg.Insi aini. ( anak Dayang Jumdaini cucu muluk )
3.BUNGA NIPAH. kahwin dengan Encik POMPONG anak Dayang Lubaini -juga cucu muluk).
4,DARMASALLEH.BIN BUNNANG
5.BUNGA LIBA.BINTI BUNNANG
6.TAMMIRAH.BINTI BUNNANG
7.AJULLANANG kahwin dengan Nuaini cucu Dayang Jumdaini)
8.GEMMOK. BIN BUNNANG
9.ILLANG BIN BUNNANG ( anak bungsu/pesara bekas tentera laut diraja Malaysia).

Keturunan ini menjalani kehidupannya di Kg.Tarapuli Semporna.
kesah ini Rahimah pernah di bawa oleh arwah bapanya ke Brunei dan dia ingat semasa perpindahan rumah bilangnya dari Kg.Air ke atas bukit dan dia sempat disuruh tanam pokok serai dan daun selasih di kawasan tersebut..

Sementara En.Alparani yang bergelar DATU ALPAD pernah menjalani kehidupannya di Tawau dan kahwin dengan orang Tidung/banjar..dan seterusnya tidak di ketahui hanya di maklumkann beliau tiada anak ..hanya anak pelihara sahaja.

apapun terjadi kesinambungan kehidupan tetap di teruskan..
hanya sedeikit komen ..sepatutnya Baginda Sultan Brunei datang dan menjenguk keturunan ini yang hidup dalam serba kekurangan dan patut baginda memberi sedikit sumbangan hasil negara Brunei yang kaya raya itu untuk menampung kehidupan keluarga ini.......

sekian mudahan panjang umur semoga kita berjumpa lagi....

Salam Hormat.!!!!!dan salam persaudaraan.....!!!!!NARAWAHAN @GMAIL.COM
-